Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, April 24, 2011

Al-Fatihah

"Hello wa, katne?" Suara sahibah di corong telefon bimbit membuatkan tangan saya meletakkan kembali garfu ke pinggan.

"Kat Ayer Hitam. Kenapa?"

"Buat apa kat sana?"

"Saja, cari air putih takde, pergi air hitam." Saya cuba berjenaka.

Dia tergelak kecil, tapi bagai ada lagi mesej yang belum disampaikan. "Tau tak Yus dah meninggal?"

Hampir tersedak saya mendengar perkhabaran itu. "Yus mana?" Saya masih tidak mahu mengiyakan kata hati bahawa yang meninggal tersebut adalah classmate saya waktu di MRSM dahulu.

"Yus Akmal, classmate kita lah."

Allah...... Benarkah? Saya amat berharap ini hanyalah mimpi.

"Sakit apa?" Dalam kepayahan saya bertanya.

"Lelah."

Allah..

Nyata ini bukan mimpi tapi adalah satu kebenaran yang pahit untuk ditelan...

Dia teman sekelas saya semenjak tingkatan 4 hinggalah tingkatan 5. Sehingga sekarang, bagaikan terbayang-bayang kepetahannya di dalam kelas.

Kelincahannya. Kelucuannya.

Ah, tapi nyata sebanyak mana pun kami menyayanginya, Allah lebih kasih kepada dia.

Sedih rasa di hati kerana tak dapat untuk berjumpa dengannya, walau untuk kali terakhir. Rumahnya terletak di Kelantan dan makan masa untuk saya sampai ke sana. Hanya doa sebagai pengiring....

Al-Fatihah buat almarhumah Yus Akmal, moga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.

Dalam kesamaran waktu, saya bertanya kepada diri sendiri...

Sempatkah saya bertemu Ramadhan kali ini?

Dari Ibnu Umar R.A.

Nabi S.A.W. pernah di tanya, siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi? Lalu Nabi S.A.W. menjawab, orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan bersedia menghadapinya. (HR Ibnu Majjah.)


Sahabatku yang masih bernafas hingga kini, ayuh sama-sama memuhasabah diri...


Wallahu'alam

4 comments:

Anonymous said...

arwah juga kawan saya. tak rapat dengan dia tapi sudah cukup untuk buat saya sebak.

Mastura MY said...

Sebanyak mana pun kita sayangkan dia, nyata Allah lebih menyayanginya.. Sedekahkan Al-Fatihah ya untuk arwah..

Unknown said...

kita tidak tahu mati itu bila bukan...?

mungkin sekarang... sebenatar lagi atau esok.. bersiap sedialah kita.. sahabatku!

mastura said...

Subhanallah...terima kasih atas peringatan :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .